Ciri-ciri MV Mega Bakti

Kapal ini dilengkapi dengan ruang penyahmampatan kunci ganda dua (DDC) dan sistem penentududukan pelampung pintar sistem kedudukan global (GIB), dan kenderaan bawah air kendalian jarak jauh (ROV).[5] ROV dikendalikan dari jauh oleh pengendali melalui kabel yang disambungkan ke Mega Bakti. Semasa operasi menyelamat, ROV digunakan untuk memasang sistem ventilasi dan nyahmampatan kapal selam berkecemasan (DSVSD) pada kedalaman hingga 400 meter. Ia mampu membersihkan rintangan di pintu keluar kapal selam berkemasan (DISSUB), merakam foto dan video dan menghantar pod storan sokongan bantuan kecemasan (ELSS). ELSS Pod digunakan sebagai bantuan perubatan, makanan dan keperluan lain ke DISSUB menggunakan ROV. Mega Bakti menyediakan 12 pod ELSS yang mampu menampung tekanan 65 bar. Pelampung pintar GPS digunakan untuk mengesan kedudukan DISSUB yang terdampar di laut dan dapat mengesan sehingga 1,000 meter.

Sistem ventilasi dan nyahmampatan kapal selam berkecemasan (DSVSD) dipasang di DISSUB untuk mengeluarkan udara bersih dan mengalirkan udara yang tercemar dari DISSUB. Sistem ini telah digunakan oleh Tentera Laut Perancis dan dapat mencapai kedalaman 250 meter. Ruang penyahmampatan kunci ganda dua (DDC) digunakan untuk merawat kru kapal selam dengan penyakit penyahmampatan (DCI). Mega Bakti mempunyai 2 unit DDC yang dapat merawat 6 pesakit di setiap unit DDC.

Sistem telefon bimbit bawah air mudah alih juga digunakan untuk melakukan komunikasi antara Mega Bakti dan DISSUB.

Mega Bakti mempunyai dua kapal penyelamat pantas untuk melakukan operasi menyelamat kru kapal selam pada bila-bila masa dan merupakan elemen perantara komunikasi antara pesawat induk dan DISSUB.